Sepertimana yang telah dinyatakan pada carta 4H hari ini, perak telah gagal sekali lagi untuk menembusi tahap sokongan 20.00 dan harga masih lagi didagangkan di atas tahap Sokongan dan di dalam saluran penurunan harga. Perak kini dilihat sedang melantun daripada tahap Sokongan dan akan memulakan pergerakkan menaik. Oleh itu, kami masih mencadangkan kepada para pedagang agar menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan 20.20 sekiranya harga melantun daripada tahap Sokongan untuk membolehkan kita mendapatkan peluang baru untuk isyarat membeli yang seterusnya dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 20.50, dan selepas harga berjaya menembusi pada tahap rintangan ini, perak diramlakan akan membuka jalan menuju ke arah rintangan yang terletak pada tahap 20.75, yang mana ini akan menandakan isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya, tetapi selagi perak didagangkan di bawah tahap rintangan 20.20, maka ia akan membatalkan senario kenaikkan harga.
Tahap Rintangan dan Sokongan Hari Ini: R3 (20.75) R2 (20.50) R1 (20.20) S1 (20.00) S2 (19.75) S3 (19.50)