Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan diniagakan di dlam julat yang lebih rendah. Kadar harga telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif dan permintaan franc pada pasangan CHF/JPY salib dan sewaktu pasangan EUR/CHF melemah. Tetapi kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF adalah akibat daripada pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian berkecenderungan negatif sebagaimana MACD kini di dalam mod penurunan harga, stokastik kini beralih kepada aliran penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8995; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.902. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8955. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8995 dan sasaran kedua pada tahap 0.902.
Tahap Rintangan:
0.8995
0.902
0.904
Tahap Sokongan:
0.89
0.888
0.8855