Analisis Harian GBP/USD untuk 17 Februari, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah mengukuh di atas tahap sokongan 1.6663, selepas berdagang di dalam minggu yang agak positif, di mana kecenderungan kenaikkan harga telah diperkukuhkan dengan ketara. Sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap rintangan 1.6851, walaubagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan mula membentuk corak kenaikkan harga untuk meneruskan pergerakkan menaik. Walau bagaimanapun, kita perlu berwaspada terhadap lantunan semula penurunan harga, yang mana ia akan membuatkan pasangan mata wang ini jatuh ke tahap sokongan 1.6663. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Carta 4H: Pasangan mata wang ini mempunyai laluan yang jelas untuk pergerakkan kenaikkan harga ke arah tahap rintangan 1.7000 untuk dagangan jangka masa panjang, oleh yang demikian, kecenderungan kenaikkan harga yang kelihatan pada carta ini masih kuat untuk lantunan semula kenaikkan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD yang telah dilakukan pada beberapa hari yang lalu di purata pergerakkan 200 hari. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.6667, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 1.6644. Petunjuk MACD kini dilihat sedang berada di dalam zon terlebih beli

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD memulakan dagangan pada minggu ini dengan jurang kenaikkan harga di atas tahap rintangan 1.6750. Pasangan mata wang GBP/USD kini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakkan pembetulan harga untuk melanjutkan kecenderungan kenaikkan harga. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya mengukuh di atas tahap rintangan ini, maka harga dijangkakan akan meningkat hingga ke tahap 1.6800 . Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini berjaya mengukuh di bawah tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6700.

Cadangan Perdagangan: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6750, take profit di tahap 1.6800, dan stop loss pada tahap 1.6700.