Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan di dalam aliran menaik, sepertimana yang telah kita ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap 1,329.65 pada jumlah di bawah tahap purata. Emas masih lagi berada di dalam fasa utama pembetulan kenaikkan harga. Kami mendapati bahawa jumlah pergerakkan menaik telah berkurangan, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan penurunan harga. Kami menjangkakan bahawa harga akan menguji FE utama 100% pada tahap harga 1,334.00 dan FR 61.8% pada tahap harga 1,337.00. Para pedagang dinasihatkan agar berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli pada tahap harga ini sebagaimana kami telah mendapati bahawa jumlah pergerakkan menaik telah berkurangan dan Emas kini berada di tahap tinggi baru. Para pedagang disyorkankan untuk memerhatikan pergerakan penurunan harga yang berpotensi sekiranya kita melihat bekalan kuat berada di atas jumlah yang lebih tinggi di sekitar tahap Fibonacci kami. Sekiranya kita tidak melihat bekalan yang lebih kuat di dalam pasaran iaitu di sekitar tahap Fibonacci kita, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan kenaikkan harga yang selanjutnya sebelum harga mnejunam ke arah bawah.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,324.17
R2: 1,325.33
R3: 1,327.20
Tahap Sokongan:
S1: 1,320.43
S2: 1,319.27
S3: 1,317.40
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa membeli pasangan ini sebagaimana kami mendapati bahawa terdapat penurunan di dalam jumlah pergerakkan menaik dan Emas kini berada di tahap tinggi baru.