AUD/USD Gelombang Elliott
Pasangan mata wang AUD/USD telah meneruskan dagangan di dalam aliran penurunan harga, membangunkan gelombang pembetulan [ii] (berwarna hitam) pada gelombang C yang lebih besar (berwarna biru). Berdasarkan pada carta 1 jam bagi pasangan AUD/USD, kami mendapati bahawa gelombang [ii] telah membentuk pembetulan MENDATAR manakala harga kekal berdagang di atas tahap rendah 0.8924, kita boleh mencari peluang untuk mengambil pesanan membeli di dalam gelombang [iii] yang mana ia kini sedang membangun. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [iii] perlu melanjutkan 161.8% daripada gelombang [i], maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [i] dengan meletakkan kedudukan Take Profit di tahap 0.9231 (161.8% daripada gelombang [i] ). Pedagang Swing juga boleh cuba untuk membuka kedudukan yang sama tetapi mereka perlu menunggu sehingga kelima-lima gelombang ini selesai dan kemudiaanya anda boleh menutup kedudukan.
(S3) 0.8967, (S2) 0.8994, (S1) 0.9013, (PP) 0.9040, (R1) 0.9059, (R2) 0.9086, (R3) 0.9105.
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 0.9045 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.8924 dan Take Profit pada tahap 0.9231 adalah dicadangkan.