Huraian
Berdasarkan carta 4H pada hari ini dan sebagaimana yang telah diramalkan semalam, pasangan mata wang ii berkemungkinan akan mengambil isyarat kenaikkan harga baru sekiranya 4H menutup di atas tahap rintangan 170.50 selepas ia telah diuji pada hari semalam. Hari ini, pasangan mata wang ini dilihat telah memulakan pergerakan menaik dan berjaya menembusi rintangan kuat yang terletak pada tahap 170.50 dan seterusnya pada tahap 171.50, tetapi harga kemudiaanya telah melantun dengan segera daripada tahap rintangan 171.50 untuk membalikan arah aliran menaik dan pada masa ini harga sedang didagangkan di sekitar tahap rintangan ini. Isyarat keanikkan harga yang selanjutnya masih diramalkan sekiranya harga menutup di atas kawasan rintangan ini dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 172.00, oleh itu kita perlu menunggu untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum membuat mengambil sebarang keputusan.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (172.50), R2 (172.00), R1 (171.50), S1 (170.50), S2 (169.75), S3 (168.50).