Harga emas dilihat telah menembusi tahap terlebih beli, dan di dalam analisis kami yang terdahulu, kami ada menyatakan mengenai betapa sukarnya untuk aliran kenaikkan harga mengukuh di atas tahap sokongan yang terletak pada $ 1,319. Aliran harga bagi dagangan jangka pendek telah bertukar menjadi aliran penurunan harga sebagaimana Emas kini telah menembusi tahap rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah di dalam carta masa 4 jam seperti yang telah ditunjukkan pada carta di bawah. Harga emas juga telah menembusi aliran menaik condong pada garisan aliran sokongan dan ia kini sedang menuju ke arah sokongan Ichimoku Cloud pada tahap harga $ 1,290.
.Kami mengingatkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati terhadap aliran kenaikkan harga dan kami lebih cenderung untuk anda mengambil keuntungan daripada kedudukan membeli dan meletakkan kedudukan stop loss lebih tinggi sebagaimana pergerakka penurunan harga kini dilihat sedang bergerak ke tahap yang lebih rendah yang mana ia seterusnya berpotensi untuk membawa harga berdagang di bawah tahap harga $1,300 tidak lama lagi. Harga akan bergerak dalam aliran menaik sekiranya harga emas berjaya menembusi di atas garisan rintangan aliran penurunan conding merah sebagaimana yang telah ditunjukkan pada carta di atas. Selagi garisan aliran ini berada di atas harga pasaran semasa, maka gambaran kami akan kekal sama ada aliran penurunan harga atau neutral.
Penolakan harga pada garisan aliran penurunan condong jangka panjang ini adalah penting. Ini boleh memberi kesan terhadap aliran harga emas yang mana ia akan membawa harga kembali berdagang ke arah tahap harga $ 1.260-70 dan seterusnya menuju ke arah garisan sokongan aliran menaik condong biru. Tahap harga $ 1,293-95 adalah merupakan sokongan jangka pendek penting sebagaimana ia adalah merupakan tahap pembetulan Fibonacci 38% daripada kenaikan dari tahap $ 1,237 ke arah tahap $ 1,331. Penembusan harga di bawah tahap sokongan ini akan membawa komodiit berharga ini bergerak ke arah tahap sokongan utama yang seterusnya pada $ 1,286.