Analisis Teknikal NZD/USD untuk 20 Feburari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan berdagang di dalam julat yang lebih tinggi dengan kenaikkan yang terhad. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif, penjualan mata wang dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur, penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD mengukuh dan penurunan sebanyak 0.7% pada harga input pengeluar New Zealand bagi Suku ke-4 dan penurunan 0.4% pada harga output. Tetapi kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihadkan oleh pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar monetari. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik telah jatuh dari wilayah terlebih beli, bar histogram MACD masih positif, manakala purata pergerakkan lima hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.831 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.833. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8205, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.818. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.824.


Tahap Rintangan:
0.831
0.833
0..835

Tahap Sokongan:
0.8205
0.818
0.816