Daripada tahap tinggi minggu lalu pada 0.9038, harga telah diperbetulkan ke arah tahap rendah 2 bulan pada 0.8857, dengan menembusi sokongan yang terletak pada tahap 0.8860 pada 30 Disember 2013. Semasa sesi 2 dagangan terakhir, pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh berhampiran pada tahap sokongan dan bergerak sedikit lebih tinggi pada tahap 0.8915. Pasangan mata wang ini telah berusaha untuk menembusi di atas tahap ini, sebanyak 4 kali percubaan telah dilakukan namun ia masih gagal. Pada carta setiap jam, pasangan mata wang ini dilihat telah berjaya menembusi pada tahap sokongan 0.8887. Semasa sesi dagangan Asia, pasangan mata wang kini dilihat sedang didagangkan pada tahap 0.8896, mengukuh di atas DEMA 21 dan 40.
Urusniaga Harian-
S1 0.8887 R1 0.8906
S2 0.8860 R2 0.8913
Sekiranya pasangan mata wang ini didagangkan di atas tahap 0.8915, maka harga berpotensi untuk melonjak naik hingga ke tahap 8930. Penembusan harga pada mana-mana bahagian julat 0.8887-0.8915 akan membenarkan harga untuk meneruskan pergerakkan menaik.