Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 21 Februari, 2014

Analisis Gelombang Elliot AUD/USD
Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan dagangan dalam aliran mendatar pada hari semalam, membangunkan gelombang pembetulan [b] (berwarna hitam) pada gelombang B yang lebih besar (berwarna biru). Berdasarkan pada carta 1 jam di atas, kami mendapati bahawa corak Segitiga kini sedang membangun daripada tahap 0.8935. Selagi harga kekal berdagangan di bawah rantau 0.9030 ini, maka kita boleh menjangkakan satu lagi pergerakkan penurunan harga sekurang-kurangnya ke arah tahap 0.8861 sebelum harga melonjak ke tahap yang lebih tinggi di dalam gelombang C. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang B perlu melanjutkan 50% daripada gelombang A, maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang A dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 0.8857 (50% daripada gelombang A). Pedagang Swing perlu menunggu sehingga gelombang B selesai dan daripada tahap tersebut kita boleh cuba untuk mengambil pesanan membeli terhadap tahap 0.8750.

Sokongan dan Rintangan

(S3) 0.8903, (S2) 0.8935, (S1) 0.8955, (PP) 0.8988, (R1) 0.9020, (R2) 0.9040, (R3) 0.9073.

Ramalan Dagangan

Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menurun. Itulah sebabnya kedudukan menjual akan berada pada tahap 0.8950 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.9065 dan Take Profit pada tahap 0.8857 adalah dicadangkan.