Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan didagangkan di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah penghindaran risiko yang kian berkurangan dan pendirian agresif Bank Rizab terhadap dasar monetari New Zealand. Tetapi keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas ekoran daripada sentimen dolar yang positif dan pendirian rasmi terhadap kadar pertukaran dolar NZ dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana stokastik adalah penurunan harga, walau bagaimanapun MACD masih berada di dalam mod menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8315 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8345. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8205, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.818. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.824.
Tahap Rintangan:
0.8315
0.8345
0.838
Tahap Sokongan:
0.8205
0.818
0.816