Analisis Harian GBP/USD untuk 24 Februari, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD mempunyai penurunan harga yang amat mendadak di bawah tahap rintangan 1.6663 dan sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini akan berada pada tahap sokongan 1.6540. Ini berpotensi untuk menyumbang kepada perubahan di dalam aliran harga pada carta ini, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD telah membentuk cartalilin kenaikkan harga, oleh itu ia harga berkemungkinan akan melanjtukan pergerakkan penurunan harga pada minggu ini. Petunjuk MACD kini dilihat memasuki kawasan terlebih beli.



Carta 4H: Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat penembusan harga pada tahap sokongan 1.6644 dan GBP/USD kini berkemungkinan besar akan mencari sokongan pada garisan aliran menaik berhampiran pada tahap 1.6610. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya mengukuh di bawah tahap harga tersebut, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 1.6592. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.



Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah cuba untuk menembusi di atas purata pergerakkan 200 purata namun gagal, dan pasangan mata wang ini telah membentuk corak penurunan harga yang telah membawa harga untuk mengukuh di bawah tahap 1.6629. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan jatuh ke tahap sokongan 1.6578. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap ini, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6544. Petunjuk MACD adalah negatif.



Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6578, take profit di tahap 1.6544, dan stop loss pada tahap 1.6611.