Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan diniagakan dengan risiko condong yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar AS yang merosot dan permintaan bagi mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Walau bagaimanapun, kerugian pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh penjualan franc sewaktu pasangan mata wang CHF/JPY melemah. Carta harian berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah penurunan harga, stokastik dilihat kembali kepada mod penurunan harga pada zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8930 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.895. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.883, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8765. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8855.
Tahap Rintangan:
0.8930
0.895
0.8975
Tahap Sokongan:
0.883
0.8795
0.8765