Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 25 Februari, 2014

Setelah sekian laman, tahap tinggi baru (sekitar 1.1220 ) telah ditembusi pada baru-baru ini.

Baru-baru ini, mata wang USD dilihat telah gagal untuk mengekalkan keuntungan terhadap mata wang CAD, dan pasangan mata wang USD/CAD ini telah ditolak ke tahap yang lebih rendah sekaligus menyatakan momentum kenaikkan harga berterusan yang lemah.

Para pedagang diingatkan bahawa pasangan mata wang ini mempunyai zon pegukuhan yang telah ditubuhkan di antara tahap 1.0850 dan 1.0960. Ini telah menyebabkan zon bertindak sebagai tahap sokongan yang mana ia akan menyediakan sokongan kuat semasa harga menguji semula pada 19 Februari.

Sementara itu, zon rintangan yang paling hampir terletak di sekitar tahap 1.1230-1.1250 yang mana ia adalah bersamaan dengan tahap Fibonacci 50% ayunan penurunan harga yang dilanjutkan antara Mac 2009 dan Julai 2011.

Pada minggu ini, cartalilin harian inverted hammer telah dinyatakan semasa harga menguji pada tahap 1.1111 yang mana ia menunjukkan pembetulan penurunan harga impulsif yang berkemungkinan akan menuju ke arah tahap 1.0960 sekali lagi.

Carta jam menunjukkan corak pembalikan Head and Shoulders pada tahap 1.1170-1.1200.

Corak ini akan disahkan apabila penembusan penurunan harga pada tahap 1.1100 berlaku dengann menyasarkan ke tahap 1.1020-1.1000.

Penembusan aliran penurunan harga pada saluran menaik yang berterusan juga telah dinyatakan pada hari semalam. Sasaran awal terletak pada tahap 1.1000.