Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Februari , 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan berdagang di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan ini telah disokong oleh permintaan dolar NZ pada NZD /JPY salib di tengah-tengah selera risiko yang berkurangkan, harga komoditi yang menggalakkan, pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar monetari dan sentimen dolar yang melemah. Tetapi keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas ekoran daripada kebimbangan pedagang terhadap kelembapan ekonomi di China. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana kenaikkan harga bercorak 'outside-day-range' telah diselesaikan pada hari Isnin, MACD berada dalam aliran menaik, tetapi stokastik di dalam mod penurunan harga.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8355 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8390. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8240, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8205. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8270.

Tahap Rintangan:
0.8355
0.8390
0.8430

Tahap Sokongan:
0.8240
0.8205
0.818