Indeks Dollar dilihat tidak banyak berubah sejak hari semalam, oleh itu kami tidak mempunyai isyarat baru untuk dikeluarkan. Indeks kekal berada di dalam zon neutral, dengan jarak yang sama di antara tahap rintangan dan sokongan. Kami lebih gemar untuk bersikap neutral. Sekiranya harga ditutup pada tahap sokongan 80-79,90, maka kita boleh cuba mengambil pesanan membeli sekiranya lantunan harga berlaku. Jika harga menghampiri pada tahap rintangan 80.40, maka kita boleh cuba untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan stop loss pada tahap tinggi yang terdahulu
Indeks Dollar membuat corak tahap rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah dan pada carta 4-jam seperti yang telah dinyatakan di atas. Aliran jangka pendek kini sedang menuju ke arah bawah. Sokongan yang terletak pada tahap 80-79.90 perlu mengukuh bagi membolehkan aliran kenaikkan harga menguji semula garisan rintangan aliran menaik condong hitam.
Carta harian menyatakan beberapa kebimbangan sebagaimana aliran penurunan harga telah menembusi arah bawah dan ia telah meningkatkan kebarangkalian bahawa harga akan menguji semula tahap 79.90 dan/atau 79.75. Adalah penting bagi aliran kenaikkan harga untuk menutup harian di atas tahap 80.40 bagi membolehkan harga mempunyai peluang untuk menembusi pada tahap 80.65 atau 81.