Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menaik, harga dilihat telah menguji pada tahap 1,345.33. Emas kini sedang didagangkan di sekitar kawasan rintangan kritikal pada tahap harga 1,338.00. Kami mendapati bahawa FR 61.8% terletak pada tahap harga 1,338.00 dan tahap ini adalah merupakan tahap yang kritikal. Menurut pada carta harian, kita mendapati bahawa jumlah purata dan bar julat rendah, yang mana ini adalah merupakan satu isyarat bahawa pesanan membeli emas pada tahap ini kelihatan sangat berisiko. Walau bagaimanapun, untuk mengesahkan pergerakan penurunan harga yang selanjtunya, kita perlu melihat bekalan yang lebih kukuh di dalam pasaran pada jumlah tinggi. Sebaliknya, jika harga menembusi tahap 1,345.00 pada jumlah yang tinggi, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan kenaikkan harga yang selanjutnya dan harga berpotensi untuk menguji pada tahap 1,395.00 (FE 161.8%) sebelum pergerakan penurunan harga yang lebih ketara berlaku. Saya menasihati kepada para pedagang agar memerhatikan pergerakan penurunan harga yang berpotensi.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,343.59
R2: 1,346.47
R3: 1,351.13
Tahap Sokongan:
S1: 1,334.27
S2: 1,331.39
S3: 1,326.73
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa membeli Emas sebagaimana ia kini sedang berada di kawasan kritikal dan juga berada di tahap tinggi baru.