Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Februari, 2014

Pada sesi dagangan hari Rabu, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi pada julat harga yang lebih tinggi pada tahap 0.8931. Pasangan mata wang ini juga telah menghadapi rintangan pada DEMA21. Berdasarkan pada carta harian, pengayun telah menyatakan arah aliran harga yang positif, walau bagaimanapun asas pengayun pada carta setiap jam, meramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan kembali menguji semula pada tahap sokongan 0.89, 0.8896, dan 0.8889, dan ia kemudiannya akan bergerak menuju ke tahap yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini masih lagi didagangkan di dalam aliran menurun daripada tahap 0.9082, yang bersamaan dengan tahap tinggi 2 Februari 2014, dan pasangan ini telah melanjutkan penurunan harga hingga ke tahap 0.8853. Kita akan dapat melihat tahap 0.8500 sekiranya harga menembusi pada tahap harga 0.8800.

Semasa sesi perdagangan Asia, pasangan mata wang ini sedang didagangkan pada tahap 0.8906.

S1 0.8900 R1 0.8930

S2 0.8890 R2 0.8945