Pasangan mata wang USD/SGD masih kekal didagangkan dalam aliran menurun daripada tahap 1.2806, tahap tinggi 23 Jan 2014, dan harga dilihat telah melanjutkan pergerakkan penurunan harga ke tahap 1.2560. Pasangan mata wang ini telah menyediakan sokongan yang baik pada tahap 1.2560. Pada masa ini, pasangan mata wang ini sedang didagangkan di dalam julat harga 1.2560-1.2685. Pergerakkan harga yang selanjutnya adalah berpotensi sekiranya harga menembusi pada bahagian yang lain. Berdasarkan pada carta harian, petunjuk RSI memihak kepada pesanan membeli, sedangkan pada carta setiap jam, RSI lebih cenderung kepada pesanan menjual. Ini bermakna bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan turun ke tahap sokongan sebelum meneruskan pergerakkan. Penurunan harga utama terletak hanya di bawah tahap 1.2560 ke arah tahap 1.2520 dan 1.2447. Pasangan mata wang kini sedang berdepan dengan rintangan pada tahap 1.2670-1.2683. Jika pasangan mata wang ini menembusi pada julat kenaikkan harga, maka ia berpotensi utnuk meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.2765 dan 1.2806.