Analisis Teknikal GBP/USD untuk 27-28 Februari, 2014

Cadangan Perdagangan:

Berdasarkan pada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, harga bagi pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan berdagang di antara tahap 1.6703 dan 1.6620. Oleh itu, julat dagangan bagi pasangan GBP/USD ini akan terletak di sekitar 120 pips. Rintangan telah ditetapkan pada tahap 1.6754 untuk tempoh dua minggu. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa sokongan telah ditetapkan pada tahap 1.6544, akibatnya pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.6754, kerana tahap 1.6754 ini akan bertindak sebagai tahap rintangan yang kuat. Oleh itu, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap ini pada hari ini atau esok dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.6640 bagi membolehkan harga menembusi titik pangsi mingguan dalam carta 1H. Sementara itu, jika taliran harga ini berjaya menutup di bawah tahap 1.6640, maka pasaran akan melanjutkan pergerakkan penurunan harga di bawah titik pangsi mingguan ke arah tahap 1.6544 pada 27 Februari dan 28 Februari 2014.

Tahap Teknikal:

R3: 1.6786 R2: 1.6744 R1: 1.6706 PP: 1.6664 S1: 1.6626 S2: 1.6584 S3: 1.6546