Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun, seperti yang telah kita jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1,322.26. Emas telah ditolak dari kawasan rintangan kritikal yang terletak pada tahap harga 1,338.00. Kami juga mendapati bahawa FR 61.8% berada pada tahap harga 1,338.00 dan tahap ini telah ditembusi dengan jayanya, yang mana ini adalah merupakan satu petanda yang baik bagi aliran penurunan harga yang berpotensi. Berdasarkan pada carta harian, kami mendapati bahawa bekalan berada pada jumlah di atas purata. Walau bagaimanapun, untuk mengesahkan pergerakan penurunan harga yang seterusnya, kita perlu melihat bekalan yang lebih kuat di dalam pasaran pada jumlah yang tinggi. Saya menasihati kepada para pedagang untuk memerhatikan pergerakkan penurunan harga yang berpotensi. Saya telah menetapkan tahap Fibonacci untuk mencari fasa penurunan yang pertama dan mendapati submajor penarikan semula Fibonacci 38.2% terletak pada tahap harga 1,304.00 dan Penarikan semula Fibonacci 61.8% pada tahap harga 1,280.00.
Pangsi Harian Titik Fibonacci
Tahap Rintangan:
R1: 1,341.74
R2: 1,347.10
R3: 1,355.77
Tahap Sokongan:
S1: 1,324.40
S2: 1,319.04
S3: 1,310.37
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli sebagaimana Emas kelihatan sedang berada di kawasan kritikal dan ia juga sedang berada pada tahap tinggi baru.