Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat telah gagal untuk menubuhkan tahap tinggi yang lebih rendah berhampiran pada tahap harga 141.00. Harga telah ditolak lebih rendah di bawah tahap 139.00 dan oleh itu, kami mencadangkan kepada para pedagang agar kekal menjual pada kedudukan yang telah diambil sebelum ini. Risiko kekal berada pada tahap 143.00.
2. Rintangan yang paling hampir dilihat pada tahap 142.00, dan diikuti dengan tahap 143.00 dan 145.50, manakala sokongan pula tersebar melalui tahap 136.20/30 (pertengahan), dan masing-masing diikuti oleh tahap 134.00/135.00, 131,00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa aliran penurunan harga kini berada di dalam kawalan di bawah tahap 143.00. Harga perlu bergerak ke tahap yang lebih rendah ke arah tahap 135.00/136.00 dan seterusnya ke arah 132.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 143.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga Berjaya!