Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 28 Febuari, 2014

Huraian Umum untuk 28/02/2014 08:45 CET

Pembangunan gelombang impulsif kenaikkan harga telah terbatal ekoran daripada pertindihan gelombang (ii) pada permulaan gelombang (i) dan kini perkiraan baru telah digunakan. Di dalam perkiraan baru ini, keseluruhan struktur pembetulan selepas gelombang tinggi biru (1) kini telah menjadi semakin kompleks dan memerlukan lebih masa. Perkembangan gelombang semasa dilihat kekurangan satu lagi penolakan harga ke tahap yang lebih rendah di dalam gelombang Y coklat dan sasaran untuk gelombang ini terletak pada tahap 138.14. Sebaliknya, perkiraan alternatif menyatakan bahawa gelombang Y berwarna coklat berkemungkinan telah selesai lebih awal daripada yang dijangkakan pada tahap 138.83 (alt: Y) dan aliran harga berkemungkinan akan memulakan pergerakkan menaik sekiranya tahap 140.30 ini ditembusi. Walau bagaimanapun keadaan semasa adalah aliran menurun dan diramalkan bahawa harga akan bergerak ke tahap yang lebih rendah selagi garisan aliran menrah ini tidak ditembusi dan tahap 139.72 akan menyediakan rintangan bagi harga.



Sokongan/Rintangan

140.52 - Pangsi Mingguan

140.30 - Rintangan Teknikal

139.83 - WS1

139.63 - Rintangan Urusniaga Harian

139.10 - Sokongan Urusniaga Harian

138.76 - 50%Fibo

138.49 - WS2

138.14 - 61%Fibo


Cadangan Perdagangan:

Selagi tahap harga 139.63 bertindak sebagai rintangan, maka pesanan menjual harus diambil dengan menetapkan SL di atas tahap 139.83 dan TP pada tahap 139.10 dengan lanjutan aliran penurunan yang berpotensi ke arah tahap 138.14.�