Tahap Teknikal Mingguan:
Ramalan:
Berdasarkan pada peristiwa yang terdahulu, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih lagi terperangkap di antara tahap 1.6768 dan 1.6697. Tahap harga 1.6768 kini sedang menunjukkan corak 'double top' dan titik pangsi mingguan telah ditetapkan pada tahap 1.6697. Ambil pesanan membeli pada tahap 1.6700 di dalam dagangan jangka pendek dengan menetapkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 1.6768, harga berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan hingga ke tahap 1.6810 sekiranya harga berjaya menembusi 'double top' yang terletak pada taahp 1.6768.Huraian Umum Mengenai Titik Pangsi:
R3 dan S3 adalah dianggap sebagai petunjuk yang jelas pada julat maksimum volatiliti harian yang ekstrem, walau bagaimana pun harga berkemungkinan untuk melepasinya. Garisan Pivot (PP) berfungsi dengan baik pada pasaran mendatar, sebagaimana harga yang paling berkemungkinan terletak di antara baris R1 dan S1. Diantara arah aliran yang kukuh harga dijangka akan menjadi lebih rendah daripada garisan titik pangsi dan meneruskan pergerakan. Sekiranya berita yang diumumkan boleh menjejaskan pasaran, harga adalah berkemungkinan untuk bergerak terus melalui R1 atau S1 dan juga mencapai R2 & R3 atau S2 & S3.Pemerhatian: