Mata wang Eropah menunjukkan banyak perbezaan untuk pembalikan aliran harga berlaku, tetapi kita masih lagi belum menerima sebarang pengesahan. Mata wang Euro dilihat gagal untuk menembusi purata pergerakkan pada hari Jumaat lalu dan semalam, dan indeks dolar juga dilihat telah jatuh daripada tahap 80.58. Walau bagaimanapun, perbezaan dan penunjuk memberikan amaran pembalikan harga adalah berpotensi di atas tahap 1.3964, tetapi kami memerlukan pengesahan yang selanjutnya. Pasangan mata wang EUR/USD telah meningkat ke tahap 1.3823 pada sesi perdagangan hari Jumaat. Kawasan ini dipenuhi dengan tekanan jualan yang kuat. Saluran bulanan berkemungkinan akan ditembusi sekiranya pasangan mata wang ini berjaya berdagang di atas 1.3964.
Pasangan mata wang ini didagangkan pada tahap 1.3729 di Asia. Berdasarkan pada carta setiap jam, pengayun menyatakan satu petunjuk yang positif, kita boleh menjangkakan bahawa harga akan ditarik semula daripada tahap ini. Pasangan mata wang kini sedang mengukuh di atas tahap EMA 200. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi di atas tahap rintangan yang terletak pada 1.3773, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat satu lagi pergerakkan kenaikkan harga yang berkuasa sekali lagi ke arah tahap 1.39.
S1 1.3725 R1 1.3760
S2 1.3694 R2 1.3792
S3 1.3642 R3 1.3823