Analisis Emas untuk 04 Mac, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun, harga dilihat telah menguji tahap 1,331.58 pada jumlah yang tinggi. Analisis kami yang terdahulu masih kekal sah dan pesanan membeli pada tahap ini kelihatan amat berisiko. Emas kinis sedang didagangkan di sekitar kawasan rintangan kritikal, iaitu pada tahap harga 1,338.00. Kami mendapati bahawa FR 61.8% terletak pada tahap harga 1,338.00 dan sekiranya harga berjaya mengukuh pada tahap ini, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan penurunan harga yang berpotensi. Menurut pada carta harian, kita dapat melihat klimaks pembelian, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan membeli pada tahap harga ini kelihatan berisiko. Menurut pada carta 4H, kami mendapati bahawa bekalan yang kuat telah memasuki pasaran. Saya menasihatkan kepada para pedagang agar memerhatikan pergerakkan penurunan harga yang berpotensi selepas penarikan smeula harga berlaku. Saya meletakkan tahap Fibonacci untuk mencari tahap bawah yang berpotensi dan saya mendapati bahawa submajor penarikan semula Fibonacci 38.2% berada pada tahap harga 1,309.00 dan Penarikan semula Fibonacci 61.8% pada tahap harga 1,282.00.

Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1,354.54

R2: 1,358.92

R3: 1,366.03

Tahap Sokongan:

S1: 1,340.32

S2: 1,335.94

S3: 1,328.83

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa membeli Emas sebagaimana ia kini sedang menghampiri kawasan kritikal dan juga hampir ke tahap tinggi baru.