Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan diniagakan dengan risiko condong yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar AS yang positif, penjualan mata wang Dolar NZ semasa pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur dan penjualan Dolar NZ sewaktu pasangan mata wang AUD/NZD melantun semula. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dipengaruhi oleh pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar monetari. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, purata pergerakkan 5 dan 15 kian meningkat, tetapi stokastik telah berubah kepada aliran penurunan harga berhampiran pada zon terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8425 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.846. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8310. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8285. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8340.
Tahap Rintangan:
0.8425
0.846
0.849
Tahap Sokongan:
0.8310
0.8285
0.8245