Analisis Teknikal USD/JPY untuk 06 Mac, 2014

Pasangan mata wang ini telah menembusi segi tiga pada sesi dagangan Asia hari Khamis. Pasangan mata wang in juga telah berjaya menembusi pada tahap tinggi 102.60, di mana pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menghadapi rintangan pada tahap 102.61. Kita boleh melihat pergerakkan menaik, sekiranya pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 102.61. Kenaikan harga yang selanjutnya diramalkan di atas tahap 102.61, dan tahap sasaran seterusnya akan terletak pada tahap 102.83, 103.1, 103.59, dan 104.06. Sokongan pula masing-masing berada pada tahap 102.27-102.12 di bawah 101.20, hanya penembusan harga di bawah tahap ini berpotensi untuk mencetuskan penurunan harga ke arah tahap 100.76 dan 98.00.

Berdasarkan pada carta setiap jam, pasangan mata wang ini dilihat sedang menghadapi tahap rintangan yang kuat pada tahap harga $ 102.61, tahap tinggi 26 Februari 2014. Sekiranya harga bagi pasangan ini didagangkan di atas tahap $ 102.61, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat penembusan harga pada tahap $ 102.83 dan $ 103.1. Penutupan harian di atas tahap 103.1 akan membuka jalan untuk harga bergerak hingga ke tahap 103.59 dan 104.06. RSI memihak kepada jualan mendatar, ia kekal berada pada tahap terlebih beli 68. Sehingga pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap rendah 101.20 sebelumnya, aliran kenaikkan harga akan meneruskan pergerakkan menaik hingga ke tahap 104.06 dan 105.44, tetapi peluang adalah kecil.

URUSNIAGA HARIAN- DIATAS TAHAP 102.61 KELIHATAN BAIK UNTUK 102.68,102.83 DAN 103.10

S1 102.33 R1 102.61

S2 102.22 R2 102.83

S3 102.13 R3 103.10

POSISI - PENUTUPAN HARIAN DI ATAS TAHAP 103.10 KELIHATAN LEBIH CENDERUNG PADA ALIRAN KENAIKKAN HARGA

S1 102.12 R1 102.83

S2 101.20 R2 103.10

S3 100.76 R3 103.60