Analisis Teknikal USD/CAD untuk 06 Mac, 2014

Huraian Umum untuk 06/03/2014 14:00 CET

Tahap ramalan 61% Fibo yang terletak pada 1.1016 telah pun berjaya ditembusi dan pembetulan keseluruhan harga di dalam gelombang B hijau telah membangun di dalam bentuk yang segi tiga abcd. Pembangunan gelombang seperti ini berkemungkinan akan mencadangkan penembusan kenaikkan harga yang berpotensi daripada segitiga. Inia dalah selari dengan perkiraan saya yang beranggapan bahawa pasangan mata wang ini telah hilang satu gelombang menaik. Rintangan pertama ditetapkan pada garisan aliran merah dan tahap rintangan urusniaga harian yang seterusnya terletak pada tahap 1.1045. Sebarang penembusan harga pada tahap harga yang lebih tinggi akan menandakan bahawa tahap pangsi mingguan akan diuji dengan lanjutan pergerakkan menaik berkemungkinan akan bergerak menuju ke arah garisan aliran penurunan emas.


Sokongan/Rintangan:

1.0967 - WS2

1.1011 - Sokongan Urusniaga Harian

1.1016 - 61%Fibo

1.1045 - Rintangan Urusniaga Harian

1.1087 - Pangsi Mingguan

1.1135 - WR1

Cadangan Perdagangan:

Pesanan membeli seharusnya diambil daripada tahap 1.1045 dengan menetapkan SLdibawah tahap 1.1011 dan TP pada tahap 1.1087.