Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan mengukuh di dalam julat harga yang lebih rendah selepas mencecah tahap tinggi empat hari pada tahap 0.8895 hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan ekoran daripada sentimen dolar yang melemah dan permintaan franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, walau bagaimanapun stokastik kian meningkat dari zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8790; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8760. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.840. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8895 dan sasaran kedua pada tahap 0.8920.
Tahap Rintangan:
0.8895
0.8920
0.8945
Tahap Sokongan:
0.8790
0.8760
0.8740