Laporan ADP dari Amerika Syarikattelah memberikan tamparan yang hebat terhadap ramalan kenaikkan laporan positif NFP pada bulan Februari. Pada bulan Disember dan Januari, pasaran buruh AS tidak menunjukkan angka yang sebegitu kuat sebagimana banyak yang dijangkakan. Ahli ekonomi menjangkakan bahawa sebanyak 150,000 peluang pekerjaan telah ditambah pada bulan lalu, hanya meningkat sebanyak 113,000 daripada jumlah penambahan pekerjaan pada bulan Januari. Ekonomi Amerika Syarikat kini kelihatan lebih lemah daripada apa yang dijangkakan dan laporan ADP yang dikeluarkan pada hari semalam telah menjangkakan bahawa laporan NFP pada hari ini adalah negatif buat kali ketiga berturut-turut. Jika perkara yang sama berlaku, Rizab Persekutuan AS mungkin perlu melaksanakan program penirusan ekoran daripada kelemahan ekonomi di Amerika Syarikat. Ia akan menghantar isyarat yang bercanggah dengan pedagang-pedagang forex, dan mata wang USD nerkemungkinan akan menjunam ek tahap yang lebih rendah, menjual segera dengan risiko yang tinggi.
Gambaran Teknikal-
Dolar AS kini sedang didagangkan di bawah purata pergerakkan dan menuju ke arah tahap rendah Oktober 2013 pada tahap harga $ 79. Dolar AS telah membentuk 'double top' pada akhir bulan Januari 2014, dan kemudiannya mengalami pembetulan harga. Pasangan mata wang ini gagal untuk berdagang di atas SMA50. Pada carta 4H dan carta setiap jam, RSI kini berada di bawah wilayah terlebih jual, mengharapkan penarikan semula harga dengan menetapkan sokongan terdahulu pada tahap 79.0. Penembusan harga di bawah tahap harga 79.0 akan menolak harga untuk bergerak sehingga ke tahap 78.6, 77.0, dan 75.75.