Selepas berjaya menembusi di atas tahap harga 1.6600, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah terperangkap di dalam zon pengukuhan di antara tahap 1.6600 dan 1.6800.
Carta harian menyatakan ketidaktentuan aliran seperti yang telah dimanifestasikan di dalam pergerakan sedikit menaik yang berlaku sejak 17 Februari lalu.
Aliran kenaikkan harga pada tahap 1.6600 yang bertindak sebagai tahap sokongan terkenal perlu diberikan perhatian. Itulah sebabnya bahagian bawah baru-baru ini telah ditubuhkan pada tahap tersebut pada 24 Februari yang lalu.
Tahap harga 1.6820 masih kekal sebagai tahap tertinggi sehingga kini. Penembusan harga di atas tahap ini akan membolehkan harga untuk berayun naik lebih cepat bermula ke arah tahap 1.6870, dan seterusnya berkemungkinan ke arah tahap 1.7000 yang mana tahap ini adalah merupakan tahap tinggi terkenal di dalam carta mingguan.
Zon harga 1.6740-1,6700 (61.8% - 50% tahap Fibonacci) kekal sebagai zon yang paling terkenal pada carta 4H.
Penembusan harga pada mana-mana arah aliran akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap utama yang seterusnya pada carta yang sama.