Carta Harian: Selepas mencatatkan penurunan pada minggu lalu, Indeks USDX kini dilihat sedang membuat pergerakan pembetulan harga yang lebih memihak kepada aliran penurunan harga. Pada masa ini, Indeks USDX berkemungkinan besar akan mula membentuk corak rendah yang lebih tinggi di bawah tahap rintangan 80.11. Sekiranya Indeks USDX ini mengukuh di bawah tahap harga 79.50, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap sokongan 79.19. Petunjuk MACD adalah negatif.
Carta 4H: Indeks USDX kekal didagangkan di atas tahap sokongan 79.69. Kini, Indeks USDX sedang cuba untuk membuat menembusan harga pada tahap tersebut, dan kemudiannya jatuh ke garisan aliran menurun yang terletak berhampiran pada tahap 78.95. Sebaliknya , jika Indeks USDX berjaya mengukuh di atas tahap rintangan 79.81, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 79.93. Petunjuk MACD kini berada di wilayah terlebih jual.
Carta 1H:Indeks USDX telah jatuh di bawah sokongan pada tahap harga 79.64, walau bagaimanapun Indeks USDX gagal untuk menembusi tahap 79.39 dan harga telah melantun semula untuk mengukuh di atas tahap 79.64. Sekiranya Indeks USDX menembusi pada tahap sokongan 79.64, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.34. Sebaliknya, sekiranya Indeks USDX berjaya untuk mengukuh di atas tahap 79.88, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga ke tahap 80.15. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 79.64, take profit di tahap 79.39, dan stop loss pada tahap 79.89.