Analisis Teknikal AUD/USD for March 10, 2014

Pasangan mata wang ini telah menembusi zon rintangan utama pada tahap 0.9152-0.9166. Pada sesi dagangan hari Jumaat, harga dilihat telah menembusi tahap rintangan 0.9080 dan seterusnya tahap tinggi baru pada tahap 0.9133. Dalam sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini didagangkan pada tahap 0.9058, didagangkan semula di bawah tahap rintangan sebelumnya 0.9080. Pada masa ini, pasangan mata wang AUD/USD kelihatan begitu menarik untuk para pedagang mengambil pesanan membeli hanya jika harga berdagang di atas paras ini bagi sasaran 0,9122, 0,9166, 0.92 dan 0.9256. Pada aliran menurun, tahap harga 0.8972 dan 0.8923 bertindak sebagai tahap sokongan yang kuat. Penembusan harga di bawah tahap 0.8923 kelihatan amat lemah dan harga berkemungkinan akan jatuh hingga ke tahap 0.8730, 0.8693 dan 0.8659.