Huraian:
Sejak analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD telah didagangkan dalam aliran menaik, sepertimana yang telah kita jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1,6435 pada jumlah purata. Analisis kami yang terdahulu masih sah dan diguna pakai. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pesanan menjual kerana kita mendapati kemuncak pembelian pada bahagian belakang telah bermula daripada tahap harga 1.6191. Pasangan mata wang EUR/NZD kini sedang didagangkan didalam aliran menaik jangka pendek dan jangka sederhana, oelh itu anda disarankan untuk memerhatikan peluang membeli semasa urusniaga harga rendah dan cuba untuk mendapatkan fasa kesinambunagn kenaikkan harga. Saya telah meletakkan tahap Fibonacci untuk mencari tahap tinggi yang potensi. Saya mendapati bahawa Fibonacci 38.2% terletak pada tahap harga 1.6375 (sudah bertemu) dan Fibonacci 61.8% pada tahap harga 1.6485. Walau bagaimanapun, pesanan menjual pada tahap ini adalah sangat berisiko, oleh itu saya menasihatkan kepada anda agar memerhatikan pergerakan kenaikkan harga yang berpotensi semasa urusniaga harga rendah.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6411
R2: 1.6438
R3: 1.6482
Tahap Sokongan:
S1: 1.6323
S2 : 1.6296
S3: 1.6252
Cadangan Perdagangan: Berhati-hati semas menjual pasangan mata wang EUR/NZD, perhatikan peluang untuk membeli dan cuba dapatkan fasa kesinambungan kenaikkan harga yang berpotensi.