Huraian:
Sejak analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menaik, harga dilihat telah menguji tahap 1,327.89 pada jumlah di atas purata. Analisis kami yang sebelum ini masih sah dan pesanan membeli pada tahap harga ini kelihatan amat berisiko. Emas kini sedang didagangkan di sekitar kawasan rintangan yang kritikal, iaitu pada tahap harga 1,338.00. Menurut pada carta harian, kita mendapati bahawa bar bekalan berada di atas jumlah purata. Berdasarkan pada carat 4H pula, kita mendapati bar bekalan mengukuh di atas jumlah yang lebih tinggi, yang mana ini adalah merupakan datu petanda bahawa kedudukan membeli pada tahap ini kelihatan berisiko. Saya telah meletakkan penarikan semula Fibonacci untuk mencari tahap penolakan yang berpotensi bagi membolehkan harga meneruskan pergerakkan penurunan harga ke tahap yang lebih rendah lagi dan saya mendapati bahawa Fibonacci 61.8 % berada pada tahap harga 1,343.50. Walau bagaimanapun, sekiranya harga berjaya menembusi tahap 1,344.00 kepada jumlah yang kukuh, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan kenaikkan harga yang selanjutnya dan harga berkemungkinan akan menguji pada tahap 1,353.00 (kawasan ayunan tinggi sebelumnya). Saya meletakkan tahap Fibonacci untuk mencari fasa bawah yang berpotensi sekiranya harga mula membangunkan fasa pembetulan harga dan saya mendapati submajor Penarikan semula Fibonacci38.2 % terletak pada tahap harga 1,309.00 dan Fibonacci 61.8 % pada tahap harga 1,282.00.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:Tahap Rintangan:
R1: 1,340.92
R2: 1,342.14
R3: 1,344.13
Tahap Sokongan:
S1: 1,336.94
S2: 1,335.72
S3: 1,333.73
Cadangan Perdagangan: TPara pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa membeli Emas sebagaimana ia kini berada di kawasan kritikal dan harga juga sedang menghampiri ke tahap tinggi baru.