Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi selepas mencecah tahap tinggi empat bulan setengah pada 0.8522 hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh kebimbangan para pelabur mengenai kelembapan ekonomi di China, penjualan mata wang dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah penurunan selera risiko pelabur dan sentimen dolar AS yang positif. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini adalah disebabkan oleh permintaan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah dan pendirian agresif Bank New Zealand terhadap dasar monetari. Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kian meningkat tetapi stokastik telah beralih kepada aliran penurunan harga di zon terlebih beli, cartalilin Penurunan harga bercorak Doji shooting star telah berakhir pada hari Jumaat.
Cadangan Perdaagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.852 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8545. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.84. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8370. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.843.
Tahap Rintangan:
0.852
0.8545
0.8590
Tahap Sokongan:
0.84
0.8370
0.8330