Analisis Teknikal USD/JPY untuk 11 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY diramalkan akan mengukuh. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah dilemahkan oleh pelunasan pembiayaan dana perdagangan JPY di tengah-tengah penurunann selera risiko pelabur (tolok ketakutan VIX meningkat sebanyak 0.64% kepada 14.2, S&P pula susut 0.05% pada hari semalam) ekoran daripada data ekonomi yang negatif dari Asia. China mengejutkan para pedagang apabila laporan defisit perdagangannya di dalam sektor eksportnya mencatakan kemerosotan sebanyak 18% pada bulan Februari dari tahun sebelumnya. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi Jepun bagi suku ke-4 telah berkurangan kepada 0.7% daripada anggaran awal sebanyak 1%. Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai krisis di Crimea. Penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah didorong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dan jumlah pengeksportan Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah dihadkan oleh permintaan dari pengimport Jepun, sentimen dolar yang positif sebagaimana data gaji bukan perladagangan AS pada hari Jumaat mencatatkan angka yang lebih kukuh berbanding ramalan masih lagi memberikan kesan.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, puerata pergerakkan lima hari kini berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat, walau bagaimanapun stokastik telah berubah kepada aliran penurunan harga di zon terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 103.7 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 104.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 102.80. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 102.60. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 103.10.

Tahap Rintangan:
103.7
104.05
104.4

Tahap Sokongan:
102.8
102.6
102.30