Turutan dasar menaik telah ditubuhkan pada carta harian. Ini menandakan bahawa aliran menaik yang ditubuhkan pada September 2013 lalu masih utuh.
Seperti yang telah dijangkakan, aliran menaik impulsif yang berterusan telah berjaya menembusi pada tahap harga 1.3900 pada hari Jumaat. Tahap ini adalah bersamaan dengan 100% Lanjutan Fibonacci.
Berdasarkan pada gambaran fundamental, Presiden ECB Mario Draghi ada menyatakan bahawa data fundamental menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam ekonomi. Ini menyumbang kepada lonjakan kenaikkan harga semasa bagi mata wang USD yang telah berlaku pada hari Jumaat selain daripada laporan pekerjaan yang positif.
Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang ini dilihat telah gagal untuk mengekalkan keuntungan awal selepas pengumuman laporan mengenai jumlah pekerjaan di AS yang mencatatkan sebanyak 175,000.
Para pedagang juga perlu diingatkan bahawa penutupan pasangan mata wang ini di bawah tahap harga 1.3820 akan mengurangkan kebarangkalian untuk harga melanjutkan aliran menaik, tetapi aliran penurunan harga perlu untuk menutup di bawah tahap harga 1.3730 bagi membolehkan pasangan menamatkan aliran menaik pada dagangan jangka pendek yang berpotensi.
Momentum kenaikkan harga memerlukan penutupan 4H di atas tahap harga 1.3888 bagi memastikan harga kekal menaik untuk aliran kenaikkan harga yang seterusnya yang mensasarkan ke tahap 1.3950 pada mulanya.
Secara teknikalnya, zon harga 1.3630-1.3720 yang kini terperangkap di antara 50% dan 61.8% tahap Fibonacci, kekal sebagai zon permintaan penting bagi pasangan.
Stop loss bagi senario kenaikkan harga terletak di bawah tahap 1.3700-1.3720.