Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/AUD dan Cadangan Perdagangan untuk 12 Mac, 2014

Pada 24 Januari yang lalu, pasangan mata wang EUR/AUD ini dilihat telah memulakan pergerakan menurun. Pergerakan ini telah dikekalkan dalam saluran penurunan harga seperti yang digambarkan.

Pada 13 Februari, pergerakkan kenaikkan harga telah menyatakan penembusan menaik di atas had atas apabila aliran penurunan harga kelihaat seolah-olah melemah.

Pada masa yang sama, aliran kenaikkan harga telah membangunkan corak kenaikkan harga Head and Shoulders pada tahap harga 1.5000. Neckline terletak pada tahap harga 1.5265.

Pengesahan pembalikan kenaikkan ahrga adalah merupakan bukti bagi penetapan harga di atas tahap 1.5265. Sasaran unjuran bagi corak pembalikan harga terletak di tahap 1.5555.

Pada 3 Mac, neckline yang terletak di sekitar tahap 1.5200 telah diancam oleh alrian penurunan harga. Penembusan harga yang bersifat sementara telah berlaku apabila cartalilin penyelubungan kenaikkan harga serta merta telah menyatakan penolakan harga sekali lagi di atas tahap 1.5200.

Pasangan mata wang ini dilihat masih lagi mengukuh selagi tahap sokongan ini dilindungi oleh aliran kenaikkan harga. Sasaran unjuran terletak pada tahap 1.5555. Ia pasti akan ditembusi pada hari ini.

Tahap rintangan yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap harga 1.5610. Sekiranya pergerakkan kenaikkan harga ini berjaya untuk mengukuh di atas tahap 1.5555.