Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan menaik. Kadar harga bgai pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh kebimbangan para pelabur terhadap kelembapan ekonomi di China dan penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini dipengaruhi oleh ramalan bahawa RBNZ akan meningkatkan kadar tunai rasmi kepada 2.75% daripada 2.5% dan permintaan dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD itu melemah. Carta harian diliaht bercampur-campur sebagai MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat, tetapi stokastik kini berada di dalam aliran penurunan harga di wilayah lebihan belian.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.852 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8545. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.84. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8370. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.843.


Tahap Rintangan:
0.8485
0.852
0.8545

Tahap Sokongan:
0.84
0.8370
0.8330