Emas analisis teknikal untuk 17 Mac 2014

Ketegangan di Ukraine mengenai undian yang berlaku semalam di Crimea telah menolak harga Emas menaik kepada $1,390 yang merupakan sasaran kami yang dinyatakan dalam analisis yang sebelumnya.Walaubagaimanapun,kebimbangan pada pencerobohan tentera Russia telah dimudahkan dan harga emas sedang ditarik semula selepas mencecah $1,391.Harga emas kekal dalam aliran menaik dan sedang disokong.

Sokongan jangka masa pendek dijumpai pada $1,375 dimana garisan aliran menaik condong warna merah berada sekarang.Sokongan jangka masa pendek yang seterusnya adalah pada $1,368 yang merupakan 38% anjakkan Fibonnaci daripada kenaikkan darpada $1,328.Rintangan jangka masa pendek dijumpai pada $1,388-$1,391.Jika sokongan pada $1,375 gagal,kami menjangkakan harga Emas untuk bergerak ke arah $1,368 atau mungkin $1,360.Tahap $1,350 adalah sokongan yang sangat penting,dan kami menjangkakan ianya untuk menahan harga Emas jika penarikkan balik adalah kuat.

Aliran kenaikkan jangka masa panjang kekal menaik.Penarikkan balik telah menjumpai belian yang besar dan dianggap sebagai pembetulan.Sasaran double bottom kami adalah $1,500-$1,600.Aliran harian kekal menaik walaupun kita boleh melihat penarikkan balik ke arah $1,350-40 untuk menguji semula penembusan garisan aliran yang sebelumnya merupakan rintangan.