Huraian Umum untuk 17/03/2014 11:11 CET
Perkiraan kenaikkan harga impulsif menjadi hampir tidak sah kerana terdapat tekapan semula yang sangat mendalam di dalam gelombang (iv) hijau dalam bentuk corak rata (a)(b)(c) yang tidak teratur. Pada masa ini, pasaran dilihat sedang cuba melantun lebih tinggi dan menguji tahap penembusan sokongan utama baru-baru ini yang terletak pada tahap 142.20. Sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk berbuat demikian, pasaran diramalkan akan jatuh lebih jauh ke tahap rendah dan seterusnya menembusi garisan aliran keemasan untuk membatalkan perkiraan impulsif.
Bagi dagangan jangka masa yang lebih tinggi, perkiraan kini menjadi semakin kompleks dengan pelabelan alternatif telah dinyatakan pada tempoh masa 4H. Masih terdapat kemungkinan bahawa harga kini sedang didagangkan di dalam gelombang 4 segitiga ungu dan para pedagang boleh melihat lebih banyak tindakan harga whipsaw yang mana ia adalah perkara biasa untuk pembentukan segitiga.
Sokongan/Rintangan:
143.78 - Ayunan Tahap Tinggi
143.68 - Rintangan Teknikal
142.53 - WR1
142.20 - 142.30 - Tahap Utama
141.68 - Rintangan Urusniaga Harian
141.48 - Pangsi Mingguan
140.38 - Garisan Ketidaksahihan
139.36 - WS1
Cadangan Perdagangan:
Pesanan Buy stop harus dibuka daripada tahap harga 141.71 dengan menetapkan SL di bawah tahap 140.85 dan TP pdaa tahap 142.20.