Analisis Harian GBP/JPY untuk 17 Mac, 2014

Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang ini dilihat telah gagal untuk menembusi sokongan yang terletak pada tahap 167.85 untuk menterbalikkan aliran penurunan harga dan seterusnya memulakan pergerakkan menaik pada minggu lalu. Merujuk pada carta 4H hari ini, pasangan mata wang ini telah melantun dari tahap sokongan dan memulakan pergerakkan menaik menghampiri ke tahap rintagan 169.75 yang mana ia kini sedang diuji. Pada masa ini, anda disarankan untuk menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan ini sebelum mengambil sebarang keputusan dan dalam hal ini kita akan mendapat isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan seterusnya, iaitu pada tahap 170.50 dan kemudiannya tahap 171.50 sebagai sasaran kedua. Walau bagaimanapun, penutupan harga di bawah tahap rintangan 169.75 akan membatalkan senario pergerakkan kenaikkan harga.