AUD/USD Gelombang Elliott
Pasangan mata wang AUD/USD ini telah didagangkan didalam aliran menurun sejak beberapa sesi dagangan yang lalu, semenjak tahap rendah dagangan jangka pendek kami ini ditembusi, sedikit perubahan perlu dilakukan ke atas perkiraan kami. Berdasarkan pada carta 1 jam pasangan mata wang AUD/USD ini, kita telah dapat melihat corak pembetulan harga daripada tahap 0.1027, yang mana ia telah membentuk pembetulan harga MENDATAR dan untuk tahap sokongan yang seterusnya, kita akan melihat harga menembusi pada kawasan 0.9010-0.8990. Untuk beberapa sesi dagangan yang akan datang, sementara harga ditetapkan di atas kawasan 0.8900, kita perlu mencari peluang membeli sekali lagi didalam gelombang (iii) [iii]. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [iii] perlu melanjutkan 161.8% daripada gelombang [i], kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [i] dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 0.9286 (161.8% daripada gelombang [i] ). Petunjuk RSI pada carta 1 menyatakan capahan kenaikkan harga, yang mana ia juga telah menyokong idea kami untuk membeli.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.9008, (S2) 0.9036, (S1) 0.9080, (PP) 0.9108, (R1) 0.9152, (R2) 0.9180, (R3) 0.9224.
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 0.9030 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.8900 dan Take Profit pada tahap 0.9286 adalah dicadangkan.