Analisis Teknikal NZD/USD untuk 21 Mac, 2014

Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh selepas harga mencecah pada tahap tinggi enam hari di tahap 0.8499 pada hari Khamis. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif dan penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD mengukuh. Walau bagaimanapun, penurunan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihdakan oleh permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah pengurangan penghindaran risiko, pendirian agresif Bank Rizab New Zelaand terhadap dasar monetari dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Pasangan mata wang ini dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD kenaikkan harga, tetapi stokastik adalah aliran penurunan harga dan harga kini sedang berada di dalam zon terlebih beli; isyarat parabola penurunan harga stop-and-reverse telah ditembusi pada hari Khamis.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8480; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8430. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8570. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8595 dan sasaran kedua pada tahap 0.8640.


Tahap Rintangan:
0.8595
0.8640
0.8675

Tahap Sokongan:
0.8480
0.8430
0.84