Analisis Gelombang Elliott USD/CAD untuk 27 Mac, 2014

USD/CAD Gelombang Elliott
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang USD/CAD ini telah didagangkan di dalam aliran menurun, membangunkan gelombang pembetulan [ii] (berwarna hitam) pada gelombang yang lebih besar (berwarna biru). Merujuk pada carta 1 jam di atas, kita telah dapat melihat bahawa pergerakan penurunan harga yang bermula daripada tahap 1.1277 kini sedang membentuk corak 'double three'. Selepas harga berjaya menembusi 50-61.8% daripada gelombang [i], pasangan mata wang USD/CAD ini dijangkakan akan cuba mencari sokongan yang kini terletak pada tahap 76.4%. Sementara harga masih lagi didagangkan di atas tahap 1.1020, kita akan mencari peluang untuk menembusi di atas garisan aliran menaik untuk mengambil pesanan membeli. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [iii] perlu melanjutkan 161.8% gelombang [i], maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [i] dengan menetapkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.1494 (161.8% daripada gelombang [i]).

Sokongan dan Rintangan

(S3) 1.0975, (S2) 1.1028, (S1) 1.1064, (PP) 1.1117, (R1) 1.1153, (R2) 1.1206, (R3) 1.1242.

Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.1150 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.1020 dan Take Profit pada tahap 1.1494 adalah dicadangkan.