Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 01 April, 2014


AUD/USD Gelombang Elliott
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang AUD/USD ini masih lagi dilihat meneruskan dagangan dalam aliran menurun, seperti yang telah kita jangkakan, membangunkan gelombang pembetulan (iv)(berwarna hijau) pada gelombang yang lebih besar [iii](berwarna hitam). Berdasarkan pada carta 1 jam pasangan mata wang ini, kita dapat melihat bahawa kami telah menyelesaikan gelombang pembetulan (iv) beberapa pips di bawah 23.6% gelombang (iii), ini adalah merupakan tahap sasaran umum untuk pengakhiran gelombang (iv) yang berpotensi, dan pasangan mata wang kini sedang berada didalam pengakhiran (v) pada gelombang [iii]. Pedagang urusniaga harian perlu mencari peluang membeli ke arah tahap tahap harga 0.9340 - bertentangan dengan 161.8% pada gelombang(iv), sementara harga kekal didagangkan di atas tahap rendah hari Isnin, iaitu pada tahap 0.9216, dan pedagang swing pula perlu menunggu sehingga harga ditarik semula ke dalam gelombang [iv] sebelum kita cuba mengambil pesanan membeli yang selanjutnya didalam gelombang akhir [v]. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [iv] perlu menjejaki semula 38.2% daripada gelombang [iii], kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [iii] dengan menetapkan kedudukan Take Profit pada tahap 0.9180 (38.2% daripada gelombang [iii]).

Sokongan dan Rintangan

(S3) 0.9170, (S2) 0.9191, (S1) 0.9228, (PP) 0.9249, (R1) 0.9286, (R2) 0.9307, (R3) 0.9344.

Ramalan Perdagangan

Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 0.9270 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.9216 dan Take Profit pada tahap 0.9340 adalah dicadangkan.