Analisis Teknikal Perak untuk 01 April, 2014.

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Berdasarkan pada carta 8 jam, Perak dilihat tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam struktur julat harga buat masa sekarang. Sewaktu analisis ini ditulis, Perak sedang didagangkan pada tahap harga $ 19.70/72; dan ia diramalkan akan melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa garisan aliran sokongan masih kukuh pada masa sekarang.

2. Tahap sokongan tersebar melalui tahap harga $ 19.00, diikuti dengan tahap $ 18.75 dan seterusnya tahap yang lebih rendah, manakala rintangan pula terletak pada tahap $ 21.70/80/$ 22.30/40 (pertengahan), dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 23.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.

3. Struktur ini menunjukkan bahawa aliran kenaikkan harga kini masih lagi berada didalam kawalan di atas tahap harga $ 19.00. Perak berkemungkinan perlu meningkat hingga ke arah tahap harga $ 23.00 dan tahap yang lebih tinggi untuk masa sekarang.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa sekarang dan perhatikan peluang untuk menambah kedudukan membeli baru, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $19.25, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!