Harga emas kini dilihat sedang menolak ke tahap yang lebih rendah dalam corak impulsif. Aliran harga emas kekal ke arah bawah. Harga emas terus mencatatkan tahap yang lebih rendah rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah. Tahap rendah baru semalam berkemungkinan adalah pengakhiran bagi gelombang 3, dan kita dapat melihat sedikit lantunan menaik pada gelombang 4. Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, harga emas kini sedang diniagakan berhampiran pada tahap sokongan penting $ 1,280 - $ 1,250. Julat harga ini adalah merupakan kawasan sokongan yang kuat dan saya menjangkakan bahawa penurunan gelombang 5 dari tahap harga $ 1,391 akan berakhir disekitar kawasan ini.
Harga emas kekal didagangkan didalam saluran penurunan condong pada gelombang gelombang 3 dan di bawah sokongan Ichimoku. Tahap $ 1,298 - $ 1,300 kini bertindak sebagai rintangan utama untuk harga Emas dan sekiranya harga menembusi ke arah atas, maka kita boleh mengatakan bahawa penurunan harga daripada tahap $ 1,391 berakhir. Sokongan jangka pendek dilihat terletak pada tahap $ 1,280 - $ 1,270.
Gambaran dagangan jangka panjang kami pada harga emas tetap sama. Harga berada di dalam aliran menurun untuk dagangan jangka panjang, mensasarkan tahap rendah baru di bawah tahap harga $1,180 selagi harga gagl untuk menembusi di atas tahap $ 1,400. Bagi dagangan jangka pendek pula, kami menjangkakan bahawa harga akan melantun naik ke arah tahap harga $ 1,350 di mana kita akan mula mengambil pesanan menjual.